Enzo Maresca mengesahkan bahawa pemain tengah, Conor Gallagher, telah ditawarkan perjanjian baru di Chelsea di sebalik ketidakpastian mengenai masa depannya.
Gallagher, yang menyertai kelab itu sejak 2008, telah dikaitkan akan meninggalkan Stamford Bridge dalam jendela perpindahan musim panas ini.
Pemain berusia 24 tahun itu memacu The Blues meraih tempat keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dan menolak peluang menyertai Aston Villa dengan £57 juta (RM j), bulan lalu.
Chelsea dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran £33j dengan Atletico Madrid dan kelab Sepanyol itu memberinya tempoh hingga esok bagi memutuskan sama ada berminat menyertai pasukan kendalian itu Diego Simeone.
Gallagher kini sedang menikmati rehat selepas membawa England ke final EURO 2024 dan tidak ikut serta rombongan mereka dalam jelajah pramusim di Amerika Syarikat.
"Saya boleh katakan bahawa dia sedang berhubung dengan kelab untuk mencari penyelesaianya dan kelab pula telah menawarkan kontrak baru kepadanya.
"Itulah berita yang saya terima," kata pengurus itu kepada pemberita.
Shaiful Shamsudin
Sat Aug 03 2024