Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Chelsea tandatangani pemain muda Portugal, Diego Moreira, daripada Benfica

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
Chelsea mengumumkan bahawa mereka selesai menandatangani pemain skuad B-21 Portugal, Diego Moreira, daripada Benfica.

Moreira, 18, menyertai Benfica daripada Standard Liege pada 2020 dan merupakan sebahagian daripada pasukan itu ketika memenangi Liga Remaja UEFA pada 2022.

Selepas melakukan penampilan senior pertama pada Mei 2022, Moreira kemudian menjadi pemain utama Benfica B sepanjang musim lalu.

Pemain sayap muda itu merupakan sebahagian daripada skuad Portugal dalam Kejohanan Eropah B-21, di mana mereka akan menghadapi England di peringkat separuh akhir hujung minggu ini.

Moreira tiba dengan status ejen bebas selepas Chelsea turut menandatangani penyerang Villarreal, Nicolas Jackson, dan Christopher Nkunku daripada RB Leipzig.
 

Advertisement

Must Watch Video