Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Chelsea rekrut pertahanan muda Ajax

hato.jpg
Perbelanjaan musim panas Chelsea berterusan apabila kelab itu membeli pertahanan muda, Jorrel Hato, daripada Ajax.

Hato bersetuju menyertai The Blues --  yang memenangi Piala Dunia Kelab bulan lalu == dalam perjanjian bernilai £38.6 juta (RM217.2j).

Pemain berusia 19 tahun itu telah mengikat kontrak tujuh tahun yang menyaksikannya bakal kekal di Chelsea sehingga akhir musim 2031-32.

“Saya sangat teruja, saya sangat gembira dapat berada di sini,” katanya di laman sesawang rasmi Chelsea.





"Saya telah mempertimbangkan masa depan saya semasak-masaknya dan mahu mengorak langkah seterusnya dalam karier saya. 

"Chelsea adalah tempat terbaik untuk saya berbuat demikian jadi saya sangat gembira."

Advertisement

Must Watch Video