MAN UTD 2 CHELSEA 1
Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes, cukup gembira selepas The Red Devils menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford pada awal pagi tadi.
Ia menjadi detik istimewa buat Fernandes apabila berjaya meraih pencapaian peribadi dalam pertembungan yang dicemari hujan dan kad merah itu.
Fernandes menjelaskan bahawa United berhak mendapat kemenangan kerana mereka belum meraih mata seperti yang dihajati.
Manchester United memperoleh kemenangan kedua dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford musim ini menerusi jaringan bintang Portugal tersebut dan Casemiro untuk mengetepikan Chelsea 2-1
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Fernandes berkata: "Kami mahu menampilkan aksi menarik tetapi di penghujung harinya apa yang penting ialah mata. Kami belum memungut mata yang kami harapkan.
"Di penghujung permainan kami sangat kental bertahan di dalam kotak penalti kami dan meletakkan mereka di posisi hantaran silang.
"Chelsea mendapat kad merah disebabkan mentaliti kami memulakan permainan dengan begitu garang. Pemain perlu berlari ke belakang setiap kali Benjamin Sesko menghambat bola dan itulah yang dilakukan oleh Bryan Mbeumo.
"Kad merah untuk United pula tidak mengubah apa-apa. Kami mahu menutup bahagian tengah. Tanpa Liam Delap yang membuat larian untuk pasukan, Joao Pedro perlu mencari hantarannya.
"Kami memberi mereka peluang di bahagian sayap dan mengekangnya dengan bek sayap kami. Bek tengah kami sangat bagus bertahan di dalam kotak penalti."

A BIG #PL win ?
— Manchester United (@ManUtd) September 20, 2025