Brighton mengumumkan bahawa Fabian Hurzeler telah menjadi pengurus baru mereka, demikian menurut satu kenyataan daripada kelab itu.

Hurzeler, 31, menandatangani perjanjian tiga tahun dan tiba di Amex setelah membawa St Pauli menjulang kejuaraan Bundesliga 2 musim lalu dengan memenangi 20 daripada 34 perlawanan mereka.

“Dari permulaan proses untuk melantik pengurus baru, Fabian sentiasa menjadi calon yang menonjol dan seseorang yang telah menarik perhatian kami dengan tugas luar biasanya di St Pauli sejak 18 bulan lalu,” kata pengerusi kelab, Tony Bloom.

“Dia mempunyai gaya permainan yang sejajar dengan cara kami mahu terapkan ke atas corak permainan pasukan Brighton & Hove Albion, dan saya yakin ia merupakan salah satu aspek yang penyokong kami akan hargai dan nikmati.



“Fabian juga mempunyai barisan kejurulatihan yang cemerlang dan pernah bekerja dengan di pelbagai peringkat kumpulan umur Jerman.

"Kami benar-benar teruja untuk mula bekerja dengan Fabian untuk membuat persediaan bagi musim akan datang.”