Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Brighton tolak tawaran kedua Chelsea dapatkan Moises Caicedo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

moises-caicedo.jpg
Brighton sekali lagi menolak tawaran Chelsea untuk mendapatkan bintang tengah mereka, Moises Caicedo.

Tawaran terbaru The Blues untuk mendapatkan pemain kebangsaan Ecuador berkenaan dipercayai sekitar £70 juta (RM414 juta).

Caicedo memohon untuk meninggalkan The Albion selepas terdapat minat daripada Arsenal tetapi dia kemudian menandatangani kontrak baru bersama pasukan itu pada Mac lalu, yang akan mengikatnya di Brighton sehingga 2027.

Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu, yang musim lalu membantu The Seagulls layak ke saingan peringkat Eropah buat kali pertama dan ke separuh akhir Piala FA, masih kekal menarik minat pasukan-pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.

Chelsea dan Brighton akan bertemu bagi kejohanan pramusim melibatkan enam pasukan EPL di Philadelphia hujung minggu ini.

Pengurus baru The Blues, Mauricio Pochettino, kini sedang giat merombak pasukan itu selepas melalui waktu terburuk mereka musim lalu.

Dua penyerang, Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson, antara kekuatan baru yang dibawa masuk mereka sambil Mason Mount, Kai Havertz dan Mateo Kovacic antara sebahagian besar yang meninggalkan Stamford Bridge.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video