EPL
EPL: Bola yang tidak mahu masuk ke gawang -- Darwin Nunez
Darwin Nunez mengakui tidak beraksi sebaik yang sepatutnya, tetapi dalam masa sama berasa seperti "bola tidak mahu masuk" selepas melalui kemarau gol baru-baru ini.
Penyerang Liverpool itu hanya menjaringkan tujuh gol dalam 40 perlawanan musim ini, termasuk hanya satu dalam 13 penampilan terakhirnya.
Pemain antarabangsa Uruguay itu berterusan bergelut bahkan gagal dalam penentuan sepakan penalti yang menjadi antara punca The Reds tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Paris Saint-Germain (PSG).
Iklan
Walaupun mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 12 mata, skuad kendalian Arne Slot itu turut dikecewakan oleh Newcastle United dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) hujung minggu lalu, manakala mengalami kekalahan mengejut Piala FA kepada kelab Liga Kejuaraan, Plymouth Argyle.
Nunez sedar dia harus meningkatkan tahap prestasinya sambil percaya kesukarannya di depan gawang pada musim ini adalah semata-mata kerana bernasib malang.
"Secara peribadi ia adalah beberapa minggu yang sukar untuk saya," katanya.
๐ ๐๐ง ๐ฌ๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐ ๐๐ซDarwin presente en la casa de ๐ฟ๐ ๐ถ๐๐๐๐ ๐ก๐.#ElEquipoQueNosUne pic.twitter.com/f8VwkXfUKaโ Selecciรณn Uruguaya (@Uruguay) March 18, 2025
โIni adalah lumrah yang dilalui dalam bola sepak.
"Saya bukan seorang yang suka bersikap sambil lewa hanya kerana tidak diturunkan.
"Saya akan berjuang untuk mendapatkan minit permainan dalam setiap perlawanan. Saya tahu saya tidak beraksi sebaik yang sepatutnya.
"Ia menjadi sukar kerana apabila anda bermain dengan baik, keyakinan pun berubah. Tetapi dalam perlawanan seterusnya, anda mendapati tidak akan diturunkan dan itu membuatkan anda berasa sedih.
"Tetapi saya sentiasa cuba berlatih untuk bertambah baik dan membantu rakan sepasukan sedaya yang boleh; itulah yang penting. Bola tidak mahu masuk sedangkan saya banyak melakukan larian, bermain dengan baik cuma tidak dapat menjaringkan gol.
"Saya bernasib malang."
Must-Watch Video