EPL: Atas sebab Islam, pemain Ipswich Town tolak lilitan LGBT

Najmi Iman
Disember 3, 2024 15:44 MYT
Ketua pasukan Ipswich Town, Sam Morsy, menolak sekeras-kerasnya promosi golongan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjadi budaya tahunan setiap kali kempen dalam Disember.
Sam Morsy merupakan satu-satunya pemain yang tidak mahu memakai lilitan kapten tersebut kerana tidak mahu mengikuti kempen 'Rainbow Laces' yang bercanggah dengan dirinya.
Selain itu, pemain kebangsaan Mesir itu bertindak menyuarakan kepentingannya sebagai seorang Muslim yang menganut agama Islam tidak mahu terlibat dengan sebarang perkara yang dilarang oleh Islam.

? Ipswich Town have revealed that it was Sam Morsy who refused to wear the rainbow captain’s armband this weekend “due to his religious beliefs... He is a practicing Muslim and Ipswich insist they respect his decision. pic.twitter.com/cW6KlqDGZs

— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ipswich Town, mereka menyokong penuh penganjuran LGBT yang diadakan oleh EPL sebagai menyambut hak sama rata dan pelbagai bentuk komuniti.
Begitupun, Ipswich Town turut berperanan menghormati keputusan Sam Morsy yang memilih untuk tidak menyarung lilitan tersebut atas keyakinan kepada agamanya.
Kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di stadiumastro.com/bestof2024
#Ipswich Town #EPL #Liga Perdana Inggeris #LGBTQ+ #Sam Morsy
;