EPL: Aston Villa untung besar jual Douglas Luiz

Shaiful Shamsudin
Julai 1, 2024 00:16 MYT
Juventus telah melengkapkan pembelian pemain antarabangsa Brazil, Douglas Luiz, daripada Aston Villa.
Luiz merupakan nadi di bahagian tengah buat skuad kendalian Unai Emery itu musim lalu yang menyaksikan Villa layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Bagaimanapun, kelab itu perlu melepaskan pemain bagi mematuhi Peraturan Keuntungan dan Kelestarian (PSR) Liga Perdana Inggeris (EPL).
Villa telah menjual pemain muda, Tim Iroegbunam dan Omari Kellyman, kepada Everton dan Chelsea selain mengikat pemain pemain sayap The Toffees, Lewis Dobbin, dan Ian Maatsen daripada The Blues.
Begitupun, Luiz sudah dijangka akan menjadi aset termahal Villa demi mengatasi masalah menerusi perjanjian bernilai €50 juta (RM253.50).

98 - Douglas Luiz is the Aston Villa player to have created the most chances (98), created the most chances from set piece situation (42), made the most tackles (130 ), collected the most interceptions (63) in the last two Premier League campaigns. All-Round.

— OptaPaolo (@OptaPaolo) June 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain berusia 26 tahun itu, yang sedang mewakili Brazil dalam Copa America bersetuju untuk menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan Juve.
Sebagai balasan, Villa dijangka memancing pemain muda Juve, Samuel Iling-Junior, dan pemain tengah, Enzo Barrenechea, dalam perjanjian berasingan sebanyak £18.6j (RM94.30j).
#Aston Villa #EPL