Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Aston Villa seri dengan Liverpool tapi kalah 1-4 kepada Crystal Palace

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astonvilla.jpg
Kemenangan 4-1 Crystal Palace awal pagi tadi melengkapkan enam perlawanan tanpa tewas menentang Aston Villa di tempat sendiri.

Kekalahan Aston Villa harus dibayar dengan harga mahal apabila mereka kehilangan khidmat bintang Argentina, Emiliano Martinez, akibat kecederaan sehingga terpaksa dikeluarkan bagi mendapatkan rawatan.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ismaila Sarr pada minit ke-29 dan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Seketika skuad kendalian Unai Emery menghembus nafas lega apabila Morgan Rogers tenang mengawal bola sebelum membuat pusingan melepaskan rembatan untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua.

 

Jean-Philippe Mateta menjadi watak kebangkitan The Eagles tatkala berjaya membuka ruang untuk menewaskan penjaga gol Sweden, Robin Olsen, sebelum Sarr sekali lagi menjadi pemusnah Aston Villa membawa pulang sekurang-kurang satu mata.

Bekas pemain Arsenal, Eddie Nketiah, tidak ketinggalan mencetak nama selaku penjaring, sekali gus menghampakan penyokong pelawat dengan keputusan akhir 4-1. 

Advertisement

Must Watch Video