Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yakin Eddie Nketiah akan sentiasa berkembang pada ketika pemain itu akan mula mengetuai jentera serangan pasukannya untuk jangka panjang.
Pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan kembali beraksi dengan menentang West Ham pada Boxing Day tanpa khidmat Gabriel Jesus, yang mengalami kecederaan lutut ketika membantu Brazil dalam Piala Dunia Qatar sehingga perlu menjalani pembedahan -- dengan dilaporkan perlu berehat selama tiga bulan.
Nketiah kini menjadi satu-satunya penyerang senior dalam skuad Arteta, di mana The Gunners dilaporkan akan mengambil pemain baru dalam jendela perpindahan bulan depan bagi menambah pilihan di bahagian itu.
Nketiah menjaringkan lima gol daripada tujuh penampilan EPL sepanjang musim lalu dan kecemerlangan itu menyaksikan dia menandatangani kontrak baru dengan pendahulu liga tetapi dia masih belum menemui sebarang jaringan musim ini -- menerusi 12 penampilan sebagai pemain gantian.
Rekodnya dengan tiga gol daripada 19 perlawanan dalam kesemua kejohanan menyaksikan masih ada banyak ruang untuk diperbaiki pemain itu tetapi Arteta yakin Nketiah mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jesus.
"Saya semakin yakin dengannya dari hari ke hari kerana kami setiap hari dapat melihat sumbangannya kepada pasukan, bagaimana dia sebagai seorang insan, bagaimana dia berkembang sebagai seorang pemain," kata arteta dalam sidang media sebelum perlawanan itu.
"Kami sudahpun mendapatkan responsnya apabila kami memerlukannya tahun lalu. Dia bermain dengan amat baik bersama pasukan ini. Dia sudah bersedia, kerana itulah kami memberikannya kontrak bersama kami.
"Dia pemain penting dalam skuad ini dan akan mendapat peluang untuk bermain," katanya.
Arsenal akan bertandang ke laman Brighton and Hove Albion selepas 'Derby London' menentang West Ham untuk menamatkan tahun 2022. Mereka kemudian akan menantikan kunjungan Newcastle United pada hari tahun baru.

Full focus on Monday ? pic.twitter.com/FyO3kdK3Ye
— Arsenal (@Arsenal) December 24, 2022