Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arteta ramal masa depan Granit Xhaka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xhaka.jpg
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya bekas kaptennya, Granit Xhaka, akan menjadi seorang jurulatih yang hebat pada suatu hari kelak. 

Walaupun pengurus Sepanyol itu mengakui bahawa karier pemain tengah itu masih jauh, malah diturunkan untuk Sunderland yang baru dinaikkan pangkat pada setiap minit sejak dia dipancing daripada Bayer pada musim panas lalu. 

Dua tahun lalu, Arteta dengan berat hati membenarkan Xhaka berhijrah selepas tujuh musim di kelab utara London itu.

Dan bercakap menjelang kunjungan ke Stadium of Light awal pagi esok, pengurus itu menganggap masa depan Xhaka dalam bidang pengurusan cerag memandangkan dia sudah pun memulakan program kejurulatihannya di Stadium Emirates.

"Jika dia menginginkannya, suatu hari nanti pasti dia akan menjadi jurulatih yang hebat.
 

"Dan ramai lagi yang telah mula mengambil lesen jurulatih di sini kerana mereka berasa terinspirasi, mereka menyukainya dan mereka juga melihat peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka selepas bersara.

"Terpulang kepadanya untuk memutuskan. Ia bukan atas saya tetapi saya fikir dia akan menjadi seorang pengurus yang sangat baik.

"Begitpun, biarkan dia bermain dahulu. Dia beraksi setiap minit dalam setiap perlawanan, jadi saya fikir dia masih mempunyai kerjaya yang panjang di hadapannya."
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video