Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, percaya persembahan Brighton yang mengagumkan di pentas Eropah membuktikan peningkatan persaingan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
The Seagulls berkunjung ke Stadium Emirates selepas meraih kemenangan ke atas Marseille tiga hari lalu yang menyaksikan skuad kendalian Roberto De Zerbi menjuarai peringkat kumpulan sekaligus mara ke pusingan kalah mati Liga Europa.
Arsenal -- yang turut lolos ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara -- mengalami kekalahan ketika berdepan Brighton musim lalu, tewas 3-0 yang meleburkan harapan mereka untuk menjulang gelaran liga.
Arteta berasakan Brighton sudah berkembang sejak tahun lalu, termasuk dengan West Ham dan Aston Villa yang turut menjuarai peringkat kumpulan dalam saingan Eropah yang lain, mengetahui cabaran yang bakal dihadapi dalam setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Ditanya sama ada saingan liga kini lebih sukar berbanding sebelum ini, pengendali kelahiran Sepanyol itu menjawab, “Saya fikir begitu.
“Ia bukan sahaja sekadar sukar tetapi anda perlu berpeluh dan menderita untuk memenangi setiap perlawanan dalam liga ini. Anda mempunyai contoh setiap minggu, jurang antara setiap pasukan cukup minimum.
“Mereka adalah pasukan yang sangat baik. Tahun lalu apabila kami mengawal permainan, kami melepaskan satu gol dan kemudian permainan berakhir sepenuhnya dan kami bergelut, terutamanya dalam 15 minit terakhir permainan, jadi kami perlu bermain lebih baik dan sangat cekap, yang merupakan kunci menentang mereka.
“Banyak perkara yang berlaku pada hari itu juga. Kami kehilangan beberapa pemain utama dan kami kehilangan Gabriel Martinelli serta-merta sebelum separuh masa. Banyak perkara yang berlaku.
“Tiada jurang. Kehilangan sebarang mata dan usaha meraih kejuaraan boleh berakhir dan kami terpaksa mengharunginya. Sekarang, keadaannya sangat berbeza kerana perjalanan masih jauh.”