Arsenal dilaporkan bersetuju untuk menandatangani penjaga gol Brentford, David Raya.
Agensi berita PA melaporkan The Gunners bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan £30 juta (RM175.16 juta) untuk mendapatkan pemain Sepanyol berusia 27 tahun itu, yang dijangka akan menandatangani kontrak lima tahun.
Kehadiran Raya akan memberikan persaingan buat penjaga gol utama Arsenal, Aaron Ramsdale, yang menyambut baik suasana kompetitif itu.
"Ayuh ke sini. Tiada apa yang mudah dalam bola sepak. Pada masa sama, anda perlu bergerak dan menyesuaikan diri," kata Ramsdale kepada ITV Sport.
"Saya pernah melakukannya kepada orang lain ketika saya berpindah ke kelab baru, jadi saya tidak akan fikir bahawa ia tidak akan berlaku kepada saya.
"Jika ia berlaku, ia akan berlaku dan kemudian kami akan bersaing dan menjadikan sesama sendiri pemain terbaik kerana itu yang pengurus mahukan daripada kami," katanya.
Ketibaan Raya juga akan menjadi isyarat kepada pemergian penjaga gol Amerika Syarikat, Matt Turner, yang dijangka akan menyertai Nottingham Forest.

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM