EPL
EPL: Arsenal makin hampir kejar Liverpool di puncak liga
ARSENAL 5 MANCHESTER CITY 1
Arsenal kembali dengan enam mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, selepas menumbangkan Manchester City 5-1 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Myles Lewis-Skelly yang masuk sebagai pemain gantian meledak jaringan pertama dalam skuad senior, dengan aksi terakhirnya menyaksikan pemain berusia 18 tahun itu dibuang padang dalam aksi minggu lalu dengan kad merahnya itu dibatalkan selepas membuat rayuan ketika berdepan Wolves.
Rakannya, Ethan Nwaneri, turut mencipta nama selaku penjaring apabila skuad kendalian Mikel Arteta menampilkan aksi yang lebih mendominasi perlawanan dalam separuh masa kedua.
The Gunners mendahului seawal minit ke-2 perlawanan menerusi kapten pasukan, Martin Odegaard, dan keputusan itu kekal hingga tamat babak pertama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, Erling Haaland menjaringkan gol penyamaaan buat The Netizens, sebelum Thomas Partey menutup keputusan itu untuk mendahului City sekali lagi.
Jaringan Lewis-Skelly, Kai Havertz dan Ethan Nwaneri meletakkan Arsenal selesa dengan kemenangan 5-1 untuk menghuni tangga kedua dalam liga dengan 50 mata selepas 24 perlawanan.
Untuk rekod, selepas Nwaneri (Pada usia 17 tahun 318 hari), Lewis-Skelly (18 tahun,129 hari) turut menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol dalam saingan EPL sejak yang dilakukan Wayne Rooney (17 tahun) pada Mac 2003.