EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Saufi Tahir
April 6, 2024 06:14 MYT
April 6, 2024 06:14 MYT
Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, menikmati prestasi anak buahnya dalam perlawanan besar selepas Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan pasukan Brighton di tempat lawan dengan kemenangan 3-0, awal pagi tadi.
The Gunners yang memburu gelaran juara liga musim ini tiba di Stadium Amex selepas sebelum ini jatuh ke tempat ketiga berikutan kejayaan Manchester City melakar kemenangan ketika bertemu Crystal Palace 4-2.
A proper collective effort ? pic.twitter.com/FKmNLE3DIg
— Arsenal (@Arsenal) April 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukayo Saka meletakkan Arsenal di landasan yang tepat untuk kembali ke puncak liga apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 33 sebelum separuh masa kedua dengan Kai Havertz terus konsisten mencatatkan nama sebagai penjaring dan juga jaringan daripada pemain gantian Leandro Trossard yang melengkapkan kemenangan secara keseluruhan perlawanan.
"Saya sangat gembira, sangat bangga dengan semua para pemain.
"Mereka telah mempamerkan persembahan yang besar dan hebat untuk menewaskan pasukan sehebat Brighton.
"Mereka tidak pernah tewas jika bermain di laman sendiri sejak bulan Ogos dan itu memberikan kami tugas yang sukar tetapi hari ini kami bermain dengan baik." katanya.