EPL: Arsenal ditimpa malang berganda, hilang tonggak penting

Najmi Iman
September 10, 2024 09:06 MYT
Pasukan terkemuka London, Arsenal, menerima tekanan besar susulan pemain utama dihimpit kecederaan menjelang perlawanan penting saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hujung minggu ini.
The Gunners akan berkunjung ke Stadium Tottenham Hotspur bagi perseteruan derbi London Utara tanpa kelibat dua pemain penting selain tidak mahu keciciran mata.
Skuad kendalian Mikel Arteta sudah pun kehilangan khidmat pemain kebangsaan England, Declan Rice, susulan digantung perlawanan akibat layangan kad merah ketika bertemu Brighton sebelum ini.

?⚪️?? Arsenal medical staff, immediately in contact with Norway staff about Martin Ødegaard injury. Get well soon, Martin! ?? pic.twitter.com/o1FmW3u5jx

— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nasib kem Arsenal terus ditimpa malang apabila ketua pasukan, Martin Odegaard, menjadi pemain terbaru mengalami kecederaan sirius sewaktu beraksi bersama Norway, awal pagi tadi.
Tahap kesembuhannya dilihat perlu memakan masa selepas pegawai perubatan Norway mengesahkan Odegaard perlu menjalani ujian imbasan MRI.
Dalam masa sama, penyerang terbaru dari Sepanyol, Mikel Merino, turut diketepikan dalam tempoh masa yang lama susulan mengalami kecederaan bahu dalam sesi latihan pertamanya.
Status pertahanan, Riccardo Calafiori pula, tidak diketahui statusnya tatkala perlu meninggalkan kem Itali akibat kecederaan.
#bola sepak #Arsenal #Martin Odegaard #EPL #Mikel Arteta