Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arsenal akan tamatkan musim di belakang dua pasukan Manchester -- Neville

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal-players-celebrate.jpg
Gary Neville menjangkakan Arsenal akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat ketiga di belakang Manchester City dan Manchester United walaupun The Gunners kini sedang mendahului carta liga berkenaan dengan jurang yang besar.

Arsenal mengekalkan rentak terbaik mereka dengan kemenangan ke atas Tottenham dalam aksi 'derby' EPL awal pagi semalam untuk kini berkelebihan lapan mata di depan pencabar terdekat, City, yang tewas 1-2 kepada United sehari sebelumnya.

Ia merupakan kelebihan terbesar pernah direkodkan Arsenal dengan jumlah perlawanan yang sama dengan pencabar terdekat mereka sejak perlawanan terakhir musim 2003-04, di mana ia juga merupakan kali terakhir mereka memenangi gelaran liga.

Manchester United dan Newcastle United kini ketinggalan satu mata di belakang City tetapi Newcastle telah beraksi lebih satu perlawanan berbanding pasukan empat teratas yang lain.

Bagaimanapun, ketika ramai menjangkakan Arsenal akan menamatkan penantian gelaran liga sejak sekian lama, legenda United, Neville, berfikiran sebaliknya.

Ditanya adakah Arsenal akan memenangi gelaran EPL musim ini, Neville berkata dalam satu siaran podcast bersama Sky Sports: "Tidak, tetapi saya juga pernah berkata Leicester City tidak akan memenangi liga.

"Saya tidak fikir mereka akan memenangi liga, Manchester City akan memenanginya dan saya fikir Man United di tempat kedua. Dan saya tahu ini akan menyakitkan hati penyokong Arsenal.

"Saya lebih gemar Arsenal memenangi liga berbanding City. Saya fikir ia akan menjadi sesuatu yang amat menarik buat EPL.

"Saya fikir melihat EPL ketika ini, City hampir menyapu bersih, selain gelaran yang dimenangi Liverpool, sepanjang lima tahun ini.

"Saya fikir jika Arsenal memenanginya kali ini, ia akan memberi nilai tambah buat liga kita. Saya mahu Man United memenanginya tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku musim ini," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video