Arne Slot mengakui sedang berkerja keras untuk memastikan ketajaman Darwin Nunez di hadapan gawang selepas pemain Uruguay itu membuka akaun jaringannya musim ini dengan membantu kemenangan Liverpool mengatasi Bournemouth 3-0 di Anfield, semalam.

Selepas dua jaringan Luis Diaz memberikan kelebihan selesa kepada The Reds, Nunez meledak gol ketiga menarik dengan lencongan cantik selepas menerima hantaran daripada Mohamed Salah.





Untuk rekod, sejak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/2023, hanya gandingan Erling Haaland-Kevin De Bruyne telah menghasilkan jaringan sebanyak 15 gol berbanding gandingan Nunez dan Salah iaitu hanya 10 gol.

Nunez membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan Arne optimis Nunez berpotensi untuk mencipta sensasi musim ini.






"Kami berharap dapat menambah gol kerana itulah yang anda perlukan daripada seorang penyerang, tetapi tahap usaha ini sangat bagus.

"Kami juga percaya ramai pemain yang bagus, banyak persaingan selagi mereka terus beraksi maka ia adalah perkara yang bagus untuk saya." katanya.