Pengendali Liverpool, Arne Slot, berasa lega melihat semangat juang yang tinggi dipamerkan anak buahnya walaupun beraksi dengan prestasi di bawah par atas faktor keletihan ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1 di Anfield, malam tadi.
The Reds kembali mendahului dengan jurang tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan kemenangan Arsenal -menewaskan Leichester City sebelum ini- memaksa mereka bekerja keras untuk mencari lebihan mata dalam mengejar gelaran musim ini.
Luis Diaz dan Mohamed Salah menjaringkan gol buat Liverpool bagi mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama, sebelum Matheus Cunha merapatkan jurang pada minit ke-67 sekali gus memberikan harapan buat kebangkitan Wolves.
Namun, keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan pasukan pelawat terpaksa akur pulang dari Anfield dengan tangan kosong.
"Ia sama besarnya dengan (perlawanan) yang lain. Saya berkata dalam bilik persalinan bahawa ia mungkin agak kecewa kerana ia bukan separuh masa kedua terbaik kami tetapi kami berjuang sehingga tamat.
"Dalam musim di mana anda mahu mencapai sesuatu, tidak kira apa yang anda mahu capai, anda perlu mempunyai kemenangan seperti ini juga.
"Dua minggu lalu, kami bermain bola sepak yang hebat apabila menewaskan Spurs 4-0. Ia berlaku dalam satu musim. Tetapi kemenangan seperti ini juga perlu menjadi sebahagian daripada musim ini.
"Kami diuji secara mental. Kami fikir akan mendapat gol ketiga. Tetapi bolos 1-2 selepas itu, itu adalah ujian mental. Jika anda berasakan tekanan, mungkin anda berasa letih. Mungkin pertama kali musim ini pemain berasa sangat letih berbanding aksi lain." katanya kepada Sky Sports.

Alternative angle: #LIVWOL ? pic.twitter.com/eB92nQX9t5
— Liverpool FC (@LFC) February 16, 2025
Namun, keputusan itu kekal hingga wisel penamat dengan pasukan pelawat terpaksa akur pulang dari Anfield dengan tangan kosong.
"Ia sama besarnya dengan (perlawanan) yang lain. Saya berkata dalam bilik persalinan bahawa ia mungkin agak kecewa kerana ia bukan separuh masa kedua terbaik kami tetapi kami berjuang sehingga tamat.
"Dalam musim di mana anda mahu mencapai sesuatu, tidak kira apa yang anda mahu capai, anda perlu mempunyai kemenangan seperti ini juga.
Defeat at Anfield.
— Wolves (@Wolves) February 16, 2025
?⏱️ pic.twitter.com/Tz9TZJ828V