EPL

EPL: Arne Slot dedah rahsia Liverpool kekal 'gayat' di puncak liga

Saufi Tahir 31/01/2025 | 01:59 MYT
Pengendali Liverpool, Arne Slot, tidak menjangkakan pasukannya itu mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mata yang agak jauh dalam musim sulungnya menjelang perlawanan berdepan Bournemouth, esok.
The Reds memasuki hari perlawanan ke-24 dengan enam mata dihadapan mendahului Arsenal di tangga kedua, dengan kekurangan satu aksi berdepan Everton.
Mengikut Opta, menunjukkan Liverpool mempunyai peluang sebanyak 91.8% untuk merangkul gelaran musim ini, dan Slot berharap ia satu permulaan kepada lebih banyak lagi trofi yang akan diraih.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu wawancara Bersama BBC Sport, jurulatih berusia 46 tahun itu menjelaskan faktor kurangnya aktiviti perpindahan menjadi antara penyebab utama.
"Anda tidak fikir selepas 20 perlawanan kami akan mendapat mata sebanyak itu dan saya tidak menjangkakan kami akan berada di puncak liga.
"Ia sentiasa menyenangkan untuk berada di sana, tetapi tiada siapa yang akan menjangkakan perkara ini. Saya orang terakhir yang beranggapan Manchester City akan mengalami prestasi merundum.
"Liverpool perlu sentiasa bersaingan untuk kejuaraan liga - kami harus bersaing untuk Liga Juara-Juara UEFA. Saya harap saya mampu membawa kelab beraksi di tahap itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tahu orang ramai kerap persoalkan kami tidak lakukan banyak pembelian pada jendela perpindahan sebelum ini dan kini. Itulah adalah sebabnya- kami gembira dengan pasukan yang ada." tambahnya.
#bola sepak #Liverpool #EPL #Arne Slot
;