Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arne Slot bangga Darwin Nunez selamatkan maruah Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

darwinnunez.jpg
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, memuji ketangkasan pemain Uruguay, Darwin Nunez, yang menjadi wira menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya meraih kemenangan dramatik 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

The Reds hampir mencatatkan keputusan seri selepas aksi telah berlarutan sehingga 90 minit, namun kemasukan Nunez nyata memberi impak menakjubkan buat Liverpool mencatatkan keputusan berharga.

Penyerang itu menjaringkan dua gol untuk kali kelima dalam kariernya, dan kali kedua sebagai pemain gantian, sebelum melakukannya ketika menentang Newcastle United pada Ogos 2023 (juga kemenangan di mana dia menjaringkan gol pada minit ke-93 ).

 

Slot gembira serangan Liverpool akhirnya membuahkan hasil, dan terutamanya, dengan impak daripada Nunez, yang menghadirkan berita gembira buat penyokong pelawat yang datang menyaksikan aksi tersebut.

"Dia sentiasa mempunyai banyak impak apabila diberi masuk.

"Kebanyakan permainan kami bermula pada lewat permainan setengah jam terakhir. Di situlah dia berada tepat pada masanya.

"Saya bukan sahaja melihat kepada keputusan. Kami mencipta banyak peluang. Tetapi sekarang ia adalah satu kemenangan, saya sangat gembira dengan persembahan kami.

"Mereka mempunyai pemain yang bagus dan rancangan permainan yang bagus. Ia adalah perlawanan yang sengit untuk ditonton," katanya.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video