Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Apa sudah terjadi dengan Spurs?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

spurs.jpg
Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, menyuarakan ketidakadilan terhadap pasukannya ketika perlawanan menentang Fulham di mana Spurs tewas 0-2 di Craven Cottage pada Ahad.

Jurulatih kelahiran Australia itu meluahkan rasa bingung apabila pasukannya tidak menerima sebarang penalti setelah pemainnya, Lucas Bergvall, diasak pemain Fulham, Calvin Bassey, di zon merbahaya.

Dalam pada itu, Posteglou juga memberi penerangan berkenaan penggantian dua pemainnya, Yves Bissouma dan Brennan Johnson, pada separuh masa kedua. 

Dia akui pertukaran itu dibuat atas Bissouma gagal mempamerkan prestasi terbaiknya di atas padang.

"Saya rasa Bisscouma kadang-kala tidak mampu fokus di dalam perlawanan.

"Dia perlu menjadi lebih dominan dalam pengawalan bola, kadang kala saya rasa dia tidak fokus dan hari ini kami memerlukan penguasaan di posisi itu," kata Postecoglou

Selain itu, Tottenham Hotspur baru ini telah melaporkan sudah mempunyai dua calon pengurus untuk mengantikan Ange Postecouglou jika pasukan tersebut memutuskan untuk melepaskan pengurus kelahiran Australia itu.

Pengurus berusia 59 tahun itu difahamkan telah merekodkan prestasi yang mengecewakan dua tahun bersama Spurs yang kini sedang menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Harapan Tottenham untuk meraih sebarang piala pada musim ini bergantung kepada Liga Europa (UEL) selepas berjaya mengalahkan AZ Alkmaar untuk mengesahkan slot ke suku akhir kejohanan itu sekali gus, bakal bertemu Eintracht Frankfurt pada 11 April ini.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video