Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Amorim syukur ada Bruno Fernandes, cemerlang bawa Man Utd mudah tewaskan pasukan tercorot, Leicester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bruno.jpg
Kecemerlangan ketua pasukan, Bruno Fernandes, semakin terserlah apabila sekali lagi menjadi watak penting Manchester United meraih kemenangan berdepan pasukan tiga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City, awal pagi tadi.

Selepas melakar hatrik dalam penampilan terdahulu ketika menewaskan Real Sociedad dalam Liga Europa (UEL), pemain kebangsaan Portugal itu membantu The Red Devils dengan melakukan dua bantuan jaringan selain menoktahkan kemenangan pada minit ke-90 untuk rakan sepasukannya membawa pulang tiga mata penuh dari King Power Stadium.

 

Rasmus Hojlund terlebih dahulu membuka tirai jaringan sebelum Alejandro Garnacho menggandakan kelebihan 2-0 untuk terus memberi tekanan kepada anak buah Ruud van Nistelrooy. 

Gol terakhir perlawanan menerusi pemain terbaik itu cukup meletakkan juara Piala FA musim lalu itu dalam kelas tersendiri bagi mengubah kedudukan carta yang menyaksikan EPL bakal berakhir tidak lama lagi.

“Dia pemain yang sangat bagus, tetapi apa yang paling saya suka ialah cara dia bermain di setiap posisi untuk membantu pasukan," kata ketua jurulatih, Ruben Amorim.

 

Bercakap kepada Sky Sports, Amorim menambah: "Apa yang kita lihat setiap minggu adalah cemerlang. Tetapi perkara yang paling penting ialah kerja yang dia lakukan setiap minggu."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video