EPL
EPL: Amorim bakal dipecat, Zirkzee pula cari kebebasan?
Situasi 'tidak selamat' buat dua individu dalam pasukan Manchester United menimbulkan pertanyaan peminat.
Dengan mengumpul tiga kemenangan selepas tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), adakah Ruben Amorim wajah dipersalahkan dan patut mengambil tanggungjawab penuh?
Dengan pelbagai tekanan dihadapi, posisi sebagai ketua jurulatih dilihat 'tidak selamat' dan berpotensi dipecat sebelum perayaan Krismas hujung tahun ini.
Iklan
Bekas pemain England, Jamie Carragher, berpendapat bahawa Amorim ialah 'bencana' besar buat The Red Devils dan mendesak kelab itu supaya segera menamatkan kontrak pengendali kelahiran Portugal itu.
Lain pula ceritanya bagi penyerang Belanda, Joshua Zirkzee, yang semakin kempunan beraksi dan sering memanaskan bangku simpanan.
Media antarabangsa tidak menolak kemungkinan menyatakan kekecewaan besar yang terbuku di hati Zirkzee, sambil berhasrat dapat meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan kedua, Januari depan.
Statiskan empat kali diturunkan selaku pemain gantian tidak menggembirakan Zirkzee, malah menuntut untuk bermain dalam kesebelasan utama. 

Nike BIG Discount
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif! Grab Cepat
Must-Watch Video



