Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Alexander Isak sah milik Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isak.jpg
Penyerang baru Liverpool, Alexander Isak, sah ke Anfield dengan perpindahan bernilai £125 juta (RM742 juta) dari Newcastle United pada hari terakhir jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu tekad mahu memenangi 'segala-galanya' bersama juara EPL musim lalu itu, sambil berkongsikan perjalanannya untuk bersama The Reds sebagai tidak mudah.

"Ia adalah perjalanan panjang untuk sampai ke sini. Tetapi saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini, kelab ini dan segala-galanya.






"Ia adalah sesuatu ang saya banggakan dan saya sangat menantikannya. Saya gembira perkara ini selesai dan saya boleh Kembali bekerja. 

"Saya tidak sabar untuk bertemu rakan sepasukan dan penyokong. Saya mahu memenangi segala-galanya." katanya.

Untuk rekod, Isak telah meledak 54 gol sepanjang bersama Newcastle, selain mengumpul 52 kaps bersama Sweden dengan menjaringkan 16 gol.
 
Supplement

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video