Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Alan Shearer kritik persembahan Marcus Rashford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rashford.jpg
Legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer, mengkritik persembahan Marcus Rashford ketika Manchester United tewas 1-2 kepada Brighton and Hove Albion semalam. 

Rashford turun beraksi selama 65 minit di Stadium AMEX dan gagal melakukan sebarang percubaan.

Ia merupakan kisah sama dalam aksi pertama saingan EPL musim ini, di mana Rashford melakukan percubaan bertemu Fulham, walaupun bermain selama 90 minit.

Menurut The Sun, Rashford telah menjalani sesi latihan tambahan bersama legenda kelab, Ruud van Nistelrooy, yang menyertai staf kejurulatihan United Julai lalu.

Van Nistelrooy -- yang menjaringkan 150 gol buat United dalam 219 perlawanan -- memberikan fokus untuk mempertingkatkan lagi kualiti Rashford ketika melakukan serangan.

Menilai aksi perlawanan yang berlangsung semalam, Shearer menyelar Rashford yang kerap kali berada dalam kedudukan ofsaid ketika bertemu Brighton.

Bekas penyerang Newcastle dan Blackburn, Shearer turut menyelar kemampuan United yang sekadar menjaringkan 57 gol dalam aksi EPL musim ini -- paling sedikit dalam kelompok 10 perlawanan teratas liga.

"Ruud van Nistelrooy di bawah masuk dan perlu membentuk semula barisan penyerang pasukan ini," katanya.

"Saya mengetahui mereka memiliki [Rasmus] Hojlund yang berdepan kecederaan tetapi apabila dia bersama pasukan, dia tetap perlu meningkatkan lagi mutu permainan dan jika dilihat berdasarkan perlawanan ketika berdepan Fulham, mereka masih lagi jauh ketinggalan."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video