Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Aksi cemerlang David Raya ubah momentum Arsenal -- Mikel Arteta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mikel-arteta_11dypm5mr4s1k108jg638g7nxz.png
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, percaya bahawa aksi cemerlang David Raya menafikan Ollie Watkins mengubah momentum dalam usaha The Gunners mendapatkan kemenangan 2-0 menentang Aston Villa lewat malam tadi.

The Gunners mengekalkan rekod kemenangan mereka untuk musim Liga Perdana Inggeris menerusi gol separuh masa kedua yang dijaringkan oleh pemain gantian, Leandro Trossard dan Thomas Partey di Stadium Villa Park.

Corak permainan itu berkemungkinan berubah jika bukan kerana aksi cemerlang ditampilkan penjaga gol utama Arsenal itu lapan minit selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua.

Percubaan yang dilakukan oleh Amadou Onana yang terkena palang sebelum disusuri oleh Ollie Watkins yang kelihatan pasti menembusi gawang namun dapat ditepis Raya.

"Kami terpaksa mengubah corak permainan selepas kami tidak mendapat rentak perlawanan, mereka menguasai keseluruhan perlawanan ketika itu," kata Arteta kepada Sky Sports.

"Mereka mempunyai peluang besar namun Raya cemerlang menafikannya dan ia titik perubahan corak permainan kami," katanya.

Advertisement

Must Watch Video