Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Akibat tewas aksi pertama, Chelsea bikin Wolves malu besar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpeg
WOLVES 2 CHELSEA 6

Perlawanan minggu kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Chelsea bangkit daripada kekalahan lalu kepada juara Perisai Komuniti, Manchester City, untuk memalukan Wolverhampton Wanderers 2-6 di Stadium Molineux, sebentar tadi.


Seawal minit kedua, Nicolas Jackson membuka akaun jaringan musim ini susulan tandukan derasnya membolosi gawang Wolves menerusi hantaran sudut oleh pemain kebangsaan Argentina, Enzo Fernandez.

Matheus Cunha  pantas menyamakan kedudukan pada minit ke-27 apabila tenang menampan bola hantaran daripada pertahanan kiri, Ait Nouri.

Pemain muda sensasi, Cole Palmer, menggandakan kelebihan buat pasukan pelawat yang melemaskan penjaga gol, Jose Sa, sebelum Jorgen Strand Larsen menyamakan kembali kedudukan sekali gus terikat 2-2 menuju bilik persalinan.

 
Memasuki babak kedua permainan, giliran Noni Madueke pula terus memberi tekanan buat skuad kendalian Gary O'Neil dengan sepakan derasnya menembusi gawang Wolves.

Tidak terhenti di situ, Madueke menjadi pemain kedua selepas Erling Haaland menempa nama sebagai penjaring hatrik musim 2024/25 yang menggamatkan suasana di venue sekali gus menghentikan peluang Wolves untuk peroleh keputusan yang sepatutnya.

Sebelum tamat aksi, pemain baru The Blues, Joao Felix, menambah derita Wolves bagi gol keenam seterusnya menutup cerita perlawanan dengan Chelsea berjaya membawa pulang tiga mata penuh ke Stamford Bridge.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video