Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor, menyatakan bahawa dia bukan peminat besar kepada Kai Havertz kerana berasakan pemain itu tidak mempunyai kualiti fizikal yang bagus sebagai pemain penyerang dalam skuad The Gunners.

Di juga percaya bekas kelabnya itu berisiko untuk kehilangan mata menjelang baki tiga perlawanan terakhir selepas menunjukkan aksi kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan terakhir.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu masih mendahului di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan perbezaan satu mata di atas juara bertahan Manchester City dengan kelebihan satu perlawanan.




"Dia telah menyesuaikan diri dengan baik tetapi saya bukan peminat pemain itu sejujurnya.

"Dia tidak begitu kuat dan apabila bermain di hadapan untuk pasukan seperti Arsenal, pertama sekali anda perlu kuat dan pandai. Dia seorang pemain yang sangat bagus menggunakan kakinya.

"Tetapi adakah saya pasti mereka akan mendapat sembilan mata? Saya tidak pasti. Apa sahaja boleh berlaku. Kami melihat beberapa minggu lalu apabila mereka tewas di tempat sendiri.

"Jika anda bertanya kepada saya mampuka Manchester City memenangi 20 perlawanan seterusnya saya akan menjawab 'ya' kerana mereka telah pun membuktikannya. Arsenal kelihatan lebih baik dan kuat tetapi saya tidak pasti mereka akan memenangi tiga perlawanan terakhir mereka." katanya menerusi Premier League Productions.