Pertahanan England, Kieran Trippier, memberi amaran bahawa skuad The Three Lions bukan sekadar melibatkan kehebatan penyerang, Harry Kane.
Kane yang merupakan peledak utama Tottenham Hotspur bakal melalui aksi Piala Dunia yang pertama berbekalkan aksi cemerlang di peringkat kelab apabila mencatat 30 jaringan sehingga dinamakan selaku kapten England oleh pengendali, Gareth Southgate.
Bagaimanapun, Trippier percaya England mampu menghadirkan cabaran yang lebih besar sambil menamakan Raheem Sterling dan Dele Alli sebagai kekuatan utama pasukan.
"Semua orang tahu kebolehan Kane, dia adalah penjaring gol dan sangat profesional," ujar Trippier.
"Namun, jika anda lihat kepada pasukan kami, England memiliki pemenang dan kekuatan di segenap bahagian. Ia bukan sekadar Kane kerana kami mempunyai barisan depan yang mantap berbekalkan kepantasan daripada pemain muda.
"Kane adalah ketua yang bagus dan anda boleh melihatnya di dalam serta di luar padang.
"Jika anda memerlukan bantuan, Kane sentiasa akan memberikannya, tidak kira secara berpasukan atau individu dan tiada pemain yang lebih baik untuk mengetuai cabaran kami dalam Piala Dunia."
England terkandas di peringkat kumpulan dalam saingan di Brazil empat tahun lalu dan kini bakal memulakan cabaran di Russia bertemu Tunisia pada Isnin ini sambil Trippier mendedahkan kem The Three Lions berada di tahap terbaik.
"Cuma beberapa hari saja lagi saingan akan bermula buat kami. Seluruh pasukan berada dalam keadaan terbaik dan diharapkan kemenangan dapat diraih.
"Kami harus bersabar kerana sedar ia bakal menjadi aksi yang sukar. Kami telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan lawan serta bagaimana untuk mengharungi perlawanan ini," tambahnya.