Skip to main content

Bola Sepak

Enam pemain keturunan Indonesia kini tiada kelab, bakal ke Liga 1?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

enam-pemain-keturunan-indonesia.jpg
Enam pemain keturunan Indonesia dilaporkan sudah menamatkan kontrak bersama kelab masing-masing dan dikaitkan untuk menyertai kelab Liga 1 Indonesia.

Menurut laporan media-media tempatan, Nathan Tjoe-A-On menjadi pemain skuad kebangsaan Indonesia terbaru ditamatkan kontrak bersama Swansea City walaupun kesepakatan asalnya masih berbaki semusim lagi.

Ia menyaksikan bek kiri berusia 21 tahun itu menyertai senarai lima lagi pemain keturunan Indonesia yang kini berstatus ejen bebas, iaitu Jordi Amat, Thom Haye, Justin Huber, Rafael Struick dan Shayne Pattynama.

Selepas meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat dilaporkan menjadi perhatian beberapa kelab tempatan Indonesia, iaitu Persija Jakarta, Persib Bandung dan Bali United.

Thom Haye pula tida dapat menyambung kontrak bersama kelab Belanda, Almere City, dan dijangka akan menyertai Persija Jakarta.

Dalam pada itu, Justin Hubner dilaporkan memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama skuad B-21 Wolves dan dikaitkan dengan beberapa kelan Liga 1.

Selepas kontraknya tidak dilanjutkan kelab Australia, Brisbane Roar, Rafael Struick kini dikaitkan untuk menyertai Bali United.

Selain itu, bekas pemain kelab Belgium, KAS EUPEN, iaitu Shayne Pattynama, yang kini juga sedang tiada kelab, sedang dikaitkan dengan beberapa kelab Thai League 1 dan Liga 1.

Kredit foto:  Zona Sepakbola

 

Advertisement

Must Watch Video