Skip to main content

Bola Sepak

Empat pemain Harimau Malaya tersenarai dalam kesebelasan utama Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jpgtopngconverter-com_2.jpg
Menjelang perlawanan separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN antara Sabah menentang pasukan Australia, Macarthur, empat pemain kebangsaan tersenarai dalam kesebelasan utama.

Darren Lok bakal menjadi penyerang tunggal dihadapan yang akan diapit dua pemain import dibelakangnya iaitu Ferreira Castanheira & Ramon.

Stuart Wilkin pula akan mengendali posisi tengah bersama dengan Cifu & dibantu dua bek sayap, Ko Kwang-Min & juga Daniel Ting.

Sistem tiga pertahanan digunakan Datuk Ong Kim Swee yang diketuai Park Tae-Su, dia akan diapit Dominic Tan & juga Gabriel Peres dengan misi untuk bantu Khairul Fahmi yang bertugas sebagai penjaga gawang.

Dalam pada itu, Macarthur menyenaraikan barisan terkuat mereka demi merebut slot final saingan zon ASEAN kali ini.


   

Advertisement

Must Watch Video