WC QUALIFYING
Emiliano Martinez letak syarat bersara wakili Argentina
Emiliano Martinez sedia bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia 2026 sekiranya Argentina berjaya mempertahankan kejuaraan.
Skuad bimbingan Lionel Scaloni itu merupakan penyandang juara selepas kemenangan dramatik ke atas Perancis menerusi penentuan sepakan penalti di Qatar dua tahun lalu.
Martinez memainkan peranan utama ketika La Albiceleste menjulang trofi itu buat kali ketiga -- dan pertama sejak 1986 -- dengan persembahannya di depan gawang memastikannya memenangi Anugerah Sarung Tangan Emas.
Penjaga gol Aston Villa tersebut -- yang juga dinobatkan sebagai penjaga gol Terbaik FIFA pada tahun itu -- kembali menggondol anugerah tersebut buat kali kedua pada minggu ini setelah membantu Argentina mengekalkan mahkota Copa America pada awal tahun ini.
Mereka akan berusaha untuk mengulanginya dalam Piala Dunia anjuran bersama Kanada, Mexico serta Amerika Syarikat dalam tempoh 18 bulan lagi, dan menjadi negara ketiga yang memenangi kejuaraan berturut-turut selepas Itali dan Brazil.
Sekiranya Argentina berbuat demikian, Martinez berikrar dia akan meninggalkan tugasan antarabangsa.
"Ada tak mana-mana pasukan kebangsaan yang memenangi Piala Dunia berturut-turut?" katanya kepada AFA Estudio.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika saya menjadi juara dunia berganda bersama pasukan kebangsaan Argentina, saya akan bersara. Saya berjanji kepada anda. Saya memberitahu anda hari ini. Saya akan bersara selepas Piala Dunia."