Skip to main content

Bola Sepak

Emery tunggu Emi Martinez di Aston Villa selepas keraian melampau sindir Mbappe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emiliano-martinez-argentina-francia-mundial.jpg
Unai Emery akan memberikan nasihat kepada Emiliano Martinez berkenaan keraian kontroversi pemain itu ketika Argentina memenangi Piala Dunia Qatar baru-baru ini sebaik penjaga gol berkenaan kembali ke pangkuan Aston Villa.

Martinez merupakan wira dalam penentuan sepakan penalti buat La Albiceleste dalam Piala Dunia Qatar 2022, di mana dia membantu pasukan negaranya menewaskan Perancis dalam aksi final dramatik berkenaan.

Bagaimanapun, cara keraian penjaga gol itu dilihat keterlaluan dan mengundang kritikan, di mana dia juga tidak henti-henti menyindir penjaring hatrik Perancis, Kylian Mbappe.

Martinez menggesa "moment of silence" buat Mbappe dalam bilik persalinan selepas kemenangan Argentina dan dilihat memegang boneka jelik dengan muka penyerang Perancis berkenaan sewaktu sambutan kepulangan wira di negaranya.

Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Noel Le Graet, telah menghantar surat rasmi ke rakan sejawatannya di Argentina minggu ini berikutan ejekan ke atas Mbappe itu.

Ditanya mengenai perkara itu menjelang aksi Villa menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Boxing Day, Emery enggan mengkritik pemainnya tetapi mengakui akan ada perbincangan mengenai kelakuan penjaga gol itu.

"Apabila anda memiliki emosi yang besar, adakalanya ia sukar untuk dikawal," kata pengurus Villa berkenaan.

"Saya akan bercakap dengannya minggu depan mengenai beberapa keraian itu.

"Tetapi buat masa ini, saya menghormati bahawa dia masih bersama pasukan kebangsaannya.

"Apabila dia kembali bersama kami dan di bawah tanggungjawab kami, kami akan berbincang mengenainya," katanya.

Martinez, bagaimanapun, akan terlepas perlawanan menentang Liverpool memandangkan dia masih berada di Argentina.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video