Unai Emery menyanjung "mentaliti sempurna" skuad kendaliannya selepas Arsenal memadamkan rekod buruk dalam saingan domestik apabila merakamkan kemenangan 4-2 ke atas Valencia untuk melangkah ke final Liga Europa (UEL).
Jaringan hatrik Pierre-Emerick Aubameyang dan satu gol daripada Alexandre Lacazette mencetuskan inspirasi kemenangan The Gunners di Mestalla.
Arsenal kini boleh layak ke Liga Juara-Juara (UCL) secara automatik dengan mengatasi Chelsea -- yang menyingkirkan Eintracht Frankfurt menerusi penentuan penalti dalam satu lagi separuh akhir -- di Baku hujung bulan ini.
Menjuarai UEL adalah pilihan terakhir buat Arsenal selepas mereka sekadar merakamkan satu kemenangan daripada enam perlawanan EPL.
"Kami memiliki tahap keyakinan yang baik," kata Emery.
"Kami memiliki dua kebarangkalian -- kami telah tewas dalam saingan EPL, kini kami berpeluang menerusi final UEL.
"Sukar untuk kami mencari rentak selepas tewas dalam saingan liga, ia menggugat setiap persiapan kami.
"(Namun), kami boleh berbangga dengan pemain-pemain serta penyokong kelab ini.
"Tetapi ia belum berakhir, kami masih perlu berjuang dalam aksi final. Kami gembira dengan keputusan ini tetapi menyedari sukar untuk memenangi perlawanan final."
Aubameyang dan Lacazette telah menjaringkan 48 gol dalam semua kejohanan musim ini.
Emery memuji pasangan itu untuk melengkapkan setiap jaringan buat pasukan serta turut membantu pasukan ketika bertahan.
"Saya sangat berbangga dengan mereka. Mereka adalah penyerang berbisa dan turut cemerlang ketika bertahan bersama pasukan," ujarnya.