Negeri Sembilan Antlers mendapat suntikan untuk menghadapi saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) musim ini apabila Syarikat DFZ Agency Sdn Bhd bersetuju untuk menjadi penaja utama skuad Rusa dengan menyerahkan kenderaan rasmi serta polisi insurans bernilai RM20,000 kepada setiap pemain dan pegawai pasukan.
Ketua Pegawai Eksekutiif (CEO) DFZ Agency, Abd Hafiz Abd Majid, berkata dengan jalinan ini maka dapatlah mereka menawarkan sokongan kepada pasukan Antlers untuk kempen musim ini, sekali gus melayakkan diri dalam Piala Jauara-Juara musim ini.
"Selepas Piala Tun Ali, saya membawa pasukan Melaka sebelum DFZ mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan.
"Kami buat keputusan untuk bantu Negeri Sembilan Antlers yang datang berbincang dengan kami (bagi tujuan bekerjasama) untuk mengukuhkan lagi STL musim ini.
"Insurans kesihatan sebenarnya sangat berguna dan memberi kepentingan kepada semua terutama pemain dan pengurusan sepanjang perjalanan ke venue.
"Ia memberi perlindungan di luar jangkaan untuk menjaga kebajikan pemain dan pengurusan," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Antlers, Shahibul Mazlan, percaya persiapan anak buahnya berjalan dengan lancar dan tidak terbeban buat masa ini memandangkan saingan liga masih di peringkat awal.
"Kami buat sedikit perubahan dengan menurunkan semua pemain terlebih dahulu.
"Kami harap ia mempercepatkan lagi keserasian dalam kalangan pemain memandangkan mereka semua bukan berasal dari sini," katanya pula.