Emas Anuar STL:  Haziq Nizam tulang belakang Negeri Sembilan Antlers

Shaiful Shamsudin
September 16, 2024 18:26 MYT
Bekas pemain sepak takraw wanita kebangsaan, Haida Jafri, percaya ketekalan yang dipamer tekong terbaik Grand Prix Selangor Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL), Haziq Nizam, menjadi bukti bahawa posisi tersebut merupakan tulang belakang yang mampu menggerakkan sebuah pasukan untuk memburu kejuaraan.
"Haziq sangat membantu ketika menentang Selangor dan PDRM.
"Dia sangat penting dalam permainan 15 mata ini.
"Dalam pusingan kedua kelak, Negeri Sembilan kena bangkit dan akan bangkit," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Meskipun turun ke gelanggang di Stadium Malawati, Shah Alam, tanpa sebarang pemain import, namun magis yang dicipta menerusi kebangkitan sembilan mata Negeri Sembilan ke atas Selangor Pistons dalam suku akhir membuktikan setiap ahli dalam pasukan itu memiliki jiwa yang besar untuk memburu kejuaraan.
Apa pun, tersungkur di peringkat suku akhir tidak menggugat semangat juang Antlers untuk kembali bangkit dalam pusingan kedua GP Terengganu, minggu depan.
"Walaupun tiada pemain import tapi mereka berjiwa besar. Mereka cukup liat untuk dikalahkan.
"Negeri Sembilan tetap tenang dengan pernah meraih menjuarai Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) Champions Cup dan menduduki kelompok empat terbaik. Itulah kelebihan mereka," katanya.
#Sepak Takraw #STL #Emas Anuar STL