Skip to main content

Bola Sepak

Elliott intai pasukan utama Liverpool selepas tandatangani kontrak baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harvey-elliott.jpg
Harvey Elliott sedang mengintai untuk lebih kerap diturunkan dalam skuad utama Liverpool selepas menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab itu.

Pemain berusia 18 tahun berkenaan memperbaharui kesepakatannya di Anfield semalam dan mahu menembusi pasukan utama The Reds.

Elliott telah mewakili Liverpool sebanyak sembilan kali dan menyerlah sepanjang dipinjamkan kepada Blackburn Rovers dalam Liga Kejuaraan musim lalu.

Dia merekodkan tujuh gol dan 11 bantuan jaringan dalam 41 penampilan liga bersama Blackburn dan berharap prestasi itu dapat membuka mata Jurgen Klopp untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama musim 2021-22.

"Saya fikir ia adalah sasaran semua orang: untuk berada dalam pasukan utama -- untuk sekurang-kurangnya terlibat di sana," kata Elliot, yang menyertai Liverpool daripada Fulham pada 2019, dalam laman web rasmi pasukan itu.

"Ia pasti tidak datang dengan mudah, terdapat ramai pemain hebat dan berbakat di sini.

"Tetapi ia terpulang kepada saya untuk bekerja keras. Saya percaya bahawa diri saya mampu melakukannya.

"Saya hanya mahu berada dalam pasukan ini, menyokong setiap orang dan berada di sana apabila diperlukan.

"Sejak saya melangkah masuk ke pintu ini, mereka (jurulatih) telah menunjukkan kepercayaan.

"Mereka menunjukkan kepada setiap pemain bahawa mereka mempunyai kepercayaan terhadap anda

"Mereka sentiasa memberikan anda 100 peratus di atas padang dan sewaktu latihan, sentiasa mahukan anda menjadi pemain sebaik mungkin.

"Saya rasa seperti banyak kepercayaan untuk saya. Tetapi ia terpulang kepada saya untuk menunjukkan dan membuktikan yang mereka betul," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video