Elavarasan pilihan Pan-gon
Ammar Hakim
Februari 23, 2022 18:58 MYT
Februari 23, 2022 18:58 MYT
Barisan jurulatih baru Harimau Malaya akhirnya lengkap selepas ketua jurulatih, Kim Pan-gon telah mengesahkan pilihannya untuk penolong tempatan, bekas ketua jurulatih PKNS FC, PDRM FC, Melaka United dan Sarawak United, E. Elavarasan.
Menurut Pan-gon, Elavarasan menjadi calon terbaik daripada tujuh nama yang disenarai pendek oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam membantunya mendapat maklumat tepat, nasihat dan pendapat mengenai pemain tempatan yang bakal menggalas cabaran bersama skuad Harimau Malaya.
"Saya memilih untuk mendapatkan khidmat E. Elavarasan sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya. Saya telah berhubung dengannya sebelum ini dan dia menunjukkan semangat dan komited untuk meningkatkan lagi mutu bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi," kata Pan-gon.
Elavarasan bukan nama asing dalam bidang kejurulatihan tempatan dan paling membanggakan apabila Elavarasan membimbing pasukan Public Bank dalam saingan Liga FAM yang terus layak ke Liga Perdana. Bukan itu sahaja, Public Bank kemudian berjaya layak ke Liga Super dan tamat di tangga kedua pada musim berikutnya.