REAL MADRID 3 BARCELONA 1
Xavi mahu melihat pemain Barcelona lebih agresif selepas tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi 'El Clasico' LaLiga di Santiago Bernabeu malam tadi.
Barca tergelincir daripada kedudukan teratas LaLiga apabila jaringan Karim Benzema dan Federico Valverde selain gol penalti Rodrygo pada lewat permainan memastikan kemenangan selesa buat pasukan juara bertahan bimbingan Carlo Ancelotti itu.
Ia merupakan kekalahan pertama Barca dalam LaLiga musim ini dan Xavi mahu pemainnya memberikan sesuatu yang lebih baik bermula dengan aksi menentang Villarreal awal pagi Jumaat ini.
"Kami pulang dengan tangan kosong. Kami tidak dapat memanfaatkan momen yang kami perolehi, berbeza dengan Madrid.
"Kami tidaklah bermain buruk dalam babak pertama tetapi jika kami ingin memenangi perlawanan seperti ini, kami perlu mengubah mentaliti kami.
"Ia membimbangkan saya apabila kami tidak berada di tahap sebenar permainan kami. Gol pertama itu tidak sepatutnya berlaku.
"Kami berada dalam situasi yang tidak memihak kami dan kami perlu mengubahnya Khamis (awal pagi Jumaat) ini. Saya tidak boleh gembira dengan kekalahan 1-3.
"Kami beraksi dengan amat baik dalam liga tetapi kami perlu meningkatkan tahap tekanan dan lebih agresif," katanya.
Barca kini ketinggalan tiga mata di belakang seteru tradisi mereka itu dan akan meneruskan saingan LaLiga dengan bertandang ke laman Villarreal awal pagi Jumaat ini.

4 - In the last four games with +6 shots without scoring for Robert Lewandowski ?? in all competitions, his team failed to win: two for #Barcelona (L2 - 7 v Bayern Munchen & 6 v Real Madrid today) and two for the Bavarian team (D2). It's the first time again the Whites. Esential. pic.twitter.com/OwautTmhvq
— OptaJose (@OptaJose) October 16, 2022