Skip to main content

Bola Sepak

El Clasico: Kounde kembali perkuat Barcelona hadapi Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jules-kounde.jpg
Pertahanan Barcelona, Jules Kounde, dinamakan sebagai sebahagian daripada barisan pemain pilihan Xavi bagi perlawanan penting LaLiga menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu malam ini.

Pemain berusia 23 tahun itu tidak pernah beraksi sejak mebantu Barca menewaskan Elche pada 17 September lalu gara-gara kecederaan paha sewaktu tugasan antarabangsa bersama Perancis.

Barca tidak memberikan sebarang jangkaan masa mengenai proses pemulihan Kounde tetapi ketua jurulatih, Xavi, memberikan gambaran pada awal minggu ini bahawa pertahanan tengah itu akan dapat diturunkan bagi perlawanan 'El Clasico' menentang Madrid.

Bekas pemain Sevilla itu sudah mula menjalani latihan di Ciutat Esportiva sejak Khamis lalu sebelum dinamakan sebagai sebahagian daripada pemain bagi menghadapi seteru tradisi bimbingan Carlo Ancelotti berkenaan.
 
Bagaimanapun, nama Memphis Depay, Andreas Christensen, Hector Bellerin dan Ronald Araujo masih diketepikan memandangkan kesemua mereka masih belum pulih daripada kecederaan masing-masing.

Pasukan bimbingan Xavi itu terikat 3-3 dengan Inter Milan pertengahan minggu ini, sekali gus menyukarkan peluang mereka untuk melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bagaimanapun, Barca kini sedang terikat dengan Real Madrid di kedudukan teratas LaLiga, di mana kedua-dua pasukan itu mengumpulkan 22 mata selepas lapan perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video