Skip to main content

Bola Sepak

El Clasico: Belum ada persetujuan, aksi Barcelona-Real Madrid bakal berlangsung di venue neutral?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

campnou_1.jpg
Salah satu pertembungan klasik dunia di antara Barcelona menentang Real Madrid berpotensi berlangsung di gelanggang neutral susulan stadium tuan rumah, Camp Nou, belum tersedia sepenuhnya menjelang Mei depan.

Dan ia menggusarkan kedua-dua belah pihak termasuk peminat tempatan yang mahu menyaksikan perlawanan tumpuan itu.

Apakah yang berlaku? Seperti sedia maklum, Camp Nou sedang berada dalam fasa pengubahsuaian melewati beberapa fasa yang ditetapkan sejak November lalu. 

Tiada tarikh rasmi yang menyatakan bilakah venue tersebut akan siap dibina kerana ia kerap dianjak beberapa kali, sebelum ini.

 

Dalam masa sama, kugiran muzik terkenal dunia, The Rolling Stones, akan mengadakan konsert di tempat yang sama, namun masih belum diketahui tarikh sebenar.

Tetapi, pengurusan Barca berkata ia bukanlah satu masalah meskipun berlangsung pada bulan Mei.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez, memberi lampu hijau kepada presiden Barcelona, Juan Laporta, untuk memutuskan stadium yang paling sesuai untuk mengadakan El Clasico itu. 

Setakat ini, nama Stadium Wembley menjadi pilihan dan bualan peminat ekoran bersesuaian dengan taraf perlawanan hangat itu.   

Advertisement

Must Watch Video