Skip to main content

Bola Sepak

El Clasico: Ancelotti sahkan Courtois belum dapat beraksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

courtois.jpg
Real Madrid akan beraksi dalam pertembungan El Clasico menentang Real Madrid malam ini tanpa penjaga gol utama, Thibaut Courtois, demikian disahkan ketua jurulatih pasukan itu, Carlo Ancelotti.

Courtois terpaksa diketepikan kerana mengalami masalah sciatica walaupun Ancelotti pada awal minggu ini berharap penjaga gol itu akan sempat pulih menjelang pertemuan di Santiago Bernabeu berkenaan.

Bagaimanapun, Ancelotti mendedahkan semalam bahawa pemain kebangsaan Belgium itu tidak akan dapat diturunkan menjelang aksi di antara dua pasukan teratas LaLiga berkenaan kerana masih belum cergas sepenuhnya.

"Courtois berada dalam keadaan yang amat baik tetapi dia hanya menjalani sedikit latihan dan berasa tidak selesa," kata jurulatih berbangsa Itali itu.

"Dia akan terus berlatih sepanjang minggu depan. Kita akan lihat sama ada dia dapat diturunkan Rabu depan atau hujung minggu depan."

Dengan ketiadaan Courtois, Andriy Lunin dijangka akan mengambil tempat bagi menggantikan bekas penjaga gol Atletico Madrid dan Chelsea itu.
 

Advertisement

Must Watch Video