Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM

Muzaffar Musa
September 2, 2024 11:30 MYT
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memaklumkan pihak pengendali itu terbuka untuk mengadakan rundingan lanjut tetapi masih belum ada tawaran rasmi setakat ini.
Sebagai rekod, Hang-seo merupakan antara calon pilihan untuk menggantikan kerusi panas yang ditinggalkan bekas jurulatih, Kim Pan-gon.

Ejen Park Hang Seo sudah melakukan perbualan dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, terbuka untuk rundingan lanjut namun belum ada tawaran rasmi setakat ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/hZKgIrrRDM

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Kim Pan-gon #Persatuan Bolasepak Malaysia #Hamidin Mohd Amin #Park Hang-seo