Skip to main content

Bola Sepak

Ejen Kessie sedia dengar tawaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

franck-kessie-cropped_1ivw45iizr7fu1os9z63a7u6ih.jpg
Ejen kepada pemain bintang Atalanta, Franck Kessie, mendakwa sedang mendengar tawaran daripada pasukan lain yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu meskipun timbul laporan AS Roma berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapatkannya.

Khabar angin di Itali mencadangkan skuad kendalian Luciano Spaletti itu bakal menawarkan €28 juta (RM131 juta).

Bagaimanapun, George Atangana mendakwa mereka tidak akan menerima sebarang penurunan harga bagi yang berminat mendapatkan pemain antarabangsa Ivory Coast itu.

"Franck menjadi perhatian setiap kelab hasil kerja kerasnya selama dua tahun ini untuk Atalanta," Atangana memberitahu Sky Sport Italia.

"Tiada siapa yang mampu menentukan destinasinya selepas ini selain saya dan dirinya. 

"Kami sedia mendengar sebarang tawaran. Kemudian bersama-sama Atalanta, kami akan menilai kesudahan terbaik."

Kessie telah dikaitkan dengan beberapa gergasi Eropah susulan aksi cemerlang dalam Serie A musim ini.

Manchester United, Manchester City, Arsenal, Liverpool dan Chelsea adalah antara yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

Kessie sebelum ini mendakwa impiannya adalah untuk ke Old Trafford, namun pengurus besar Atalanta, Luca Percassi, berkata Roma menunjukkan minat mendalam terhadap pemain itu.

"Roma sangat berminat dengan Kessie," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video