Skip to main content

Bola Sepak

Effenberg pilih Mandzukic berbanding Neymar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

croatia.jpg
Bekas pemain kebangsaan Jerman, Stefan Effenberg, berkata dia memilih Mario Mandzukic berbanding Neymar dan berasakan bintang Croatia itu bernilai EURO200 juta jika dia masih muda.

Mandzukic membantu negaranya mara ke final Piala Dunia, termasuk menjaringkan gol dalam masa tambahan ke atas England dalam separuh akhir, Rabu lalu.

Penyerang itu telah menjaringkan dua gol di Russia 2018 selepas menikmati musim yang cemerlang bersama Juventus.

Bekas bintang Jerman dan Bayern Munich, Effenberg, berkata dia tidak memahami mengapa gergasi Bundesliga itu menjual Mandzukic pada 2014 di samping mendedahkan dia memilihnya berbanding penyerang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

"Saya tidak faham mengapa Bayern menjualnya," katanya.

"Mandzukic merupakan salah seorang penyerang terbaik dunia bagi saya. Dia bermain untuk pasukan dan menjaringkan gol ketika berdepan England.

"Jika dia masih lagi muda, nilainya mampu menyamai Neymar."

Mandzukic menjaringkan sekurang-kurangnya 10 gol sejak tujuh musim lalu dalam saingan Bundesliga, LaLiga dan Serie A.
 

Advertisement

Must Watch Video