Edwin van der Sar dalam rawatan rapi selepas alami pendarahan otak
Ammar Hakim
Julai 8, 2023 08:11 MYT
Julai 8, 2023 08:11 MYT
Bekas penjaga gol Manchester United dan Belanda, Edwin van der Sar, berada dalam rawatan rapi selepas mengalami pendarahan otak, perkara itu diumumkan oleh Ajax.
Van der Sar, 52, memenangi Liga Perdana Inggeris empat kali semasa di United, serta Liga Juara-Juara pada 2008, yang turut diraihnya semasa di Ajax.
Selepas bersara, Van der Sar, yang turut menikmati masa di Fulham sebelum menandatangani kontrak dengan United, kembali ke Ajax di mana dia memegang jawatan ketua eksekutif pada 2016, sebelum berundur pada penghujung musim lalu.
On Friday, Edwin van der Sar has had a bleeding around his brain. He’s currently in hospital in the intensive care unit and is in a stable condition. Once there is more concrete information, an update will follow. Everyone at Ajax wishes Edwin a speedy recovery. We’re thinking… pic.twitter.com/M7jKs5TBB9
— AFC Ajax (@AFCAjax) July 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Pada hari Jumaat, Edwin van der Sar mengalami pendarahan otak. Dia kini berada di hospital di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan stabil,” kata Ajax dalam satu kenyataan di Twitter.
“Apabila terdapat lebih banyak maklumat konkrit, kemas kini akan menyusul. Semua orang di Ajax mendoakan agar Edwin cepat sembuh. Keadaan anda sentiasa jadi keutamaan kami."
Walaupun tiada butiran lanjut diberikan oleh Ajax, Van der Sar telah dilaporkan dimasukkan ke hospital ketika berada di Croatia selepas mengalami pendarahan serebrum.