Skip to main content

Bola Sepak

Eddie Howe puji Callum Wilson hadirkan persaingan sihat buat Isak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

callum-wilson-has-scored-eight-goals-in-his-last-seven-games-for-newcastle_271228907.jpg
Pengendali Newcastle, Eddie Howe, memuji cara Callum Wilson menghadirkan cabaran dengan pemain termahal kelab, Alexander Isak.

Penyerang England berusia 31 tahun itu meledak lapan gol dalam tujuh perlawanan terakhir, empat daripadanya terhasil sebagai pemain gantian dengan Howe kerap kali melakukan pertukaran buat bekas pemain Bournemouth dengan pemain yang bernilai GBP60 juta musim panas lalu untuk mengharungi jadual padat.

Wilson, yang dipersoal sebelum ini mengenai prestasi selepas kembali daripada Piala Dunia, telah direhatkan dua kali selepas menjaringkan dua gol sebagai pemain utama, namun telah menyalurkan kekecewaannya dengan cara yang diharapkan oleh Howe.

Ketua jurulatih The Magpies itu berkata, “Dia sememangnya dalam prestasi terbaik. Dia sangat fokus ketika ini. Dia menyedari terdapat persaingan untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama.

“Pujian terbesar yang boleh saya berikan kepadanya ialah dia sentiasa menjadi dirinya sendiri -- ceria, ketawa, bergurau, watak yang sangat positif. Dia adalah seseorang yang skuad perlu bersikap positif, kerana dia adalah personaliti yang besar dalam kalangan pemain.

“Itu telah membantunya apabila dia turun ke padang dan memberikan hasil untuk kami."
 

Advertisement

Must Watch Video