Edin Dzeko menamatkan musim ini sebagai penyerang paling prolifik Serie A dan menyamai rekod kelab AS Roma dengan 29 gol dalam satu kempen liga, yang dicipta Rodolfo Volk pada 1930/31.
Percubaan jarak dekat pada minit ke-10 dalam kemenangan 3-2 ke atas Genoa, awal pagi tadi, memastikan penyerang berusia 31 tahun itu muncul pemain Bosnia pertama memenangi Capocannoniere, mengetepikan Dries Mertens yang menjaringkan gol kemenangan Napoli 4-2 ke atas Sampdoria untuk mengumpul 28 gol peribadi.
Dzeko menjaringkan lapan gol dalam lapan perlawanan terakhir Roma untuk menjadikan musim ini yang paling berjaya -- penyerang itu menjaringkan 26 gol dalam Bundesliga untuk Wolfsburg pada 2008/09 -- dan prestasinya amat penting untuk Roma menduduki tempat kedua.
Mertens, pemain antarabangsa Belgium, menjaringkan 21 gol untuk PSV pada 2011/12, dan penampilan untuk Napoli musim ini menyaksikan hatrik dalam kemenangan 5-0 di Cagliari, diikuti empat gol dalam kemenangan 5-3 ke atas Torino, tujuh hari kemudian.
Pemain Torino, Andrea Belotti, menamatkan musim ini sebagai penjaring ketiga terbanyak Serie A dengan 26 gol selepas menambah jaringan ketika menang 5-3 ke atas Sassuolo pada awal pagi tadi, diikuti oleh Gonzalo Higuain dari Juventus dan Mauro Icardi dari Inter Milan, yang masing-masing menjaringkan 24 gol.
Selain itu, Ciro Immobile turut merekodkan jaringan lebih daripada 20 gol selepas menyempurnakan penalti dalam kekalahan 1-3 Lazio di Crotone untuk menamatkan kampen dengan 23 gol.